Saturday 3 November 2012

PSV 3104


 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

 PENDAHULUAN


         Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran  ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
           Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi  Pendidikan Seni Visual atas kesedaran  masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk  kepada seni lain seperti seni muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.
            Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Thursday 27 September 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025

 
  • 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
  • Visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki.
  • Perincian anjakan 11 anjakan strategik dan operasi.

Wednesday 19 September 2012

Laman Tata Bahasa Bahasa Melayu

Laman Tata Bahasa Bahasa Melayu

1. Penanda Wacana

Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.
1.  Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......
2.  Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......
3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....

Blog-blog Pembelajaran Bahasa Melayu

Tajuk :CIKGU WAN DHIA
URL :  http://ceritatentangalam.blogspot.com/
Synopsis : Blog pembelajaran bahasa Melayu serta informasi kaunseling

Tajuk : MARI BELAJAR
URL :  http://hasmah042790.blogspot.com/
Synopsis : blog pembelajaran bahasa Melayu peringkat rendah

Friday 7 September 2012

Memartabatkan Bahasa Melayu

Memartabatkan Bahasa Melayu


           BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.

Thursday 6 September 2012

Penjajahan Bahasa Rosakkan Bangsa

Penjajahan Bahasa Rosakkan Bangsa

Bahasa adalah medium perhubungan. Kebolehan berbahasa adalah kebolehan yang dikurniakan bagi manusia. Daripada bahasa lahirlah pelbagai karya yang memberikan manfaat kepada manusia secara keseluruhan.

Demikianlah juga penurunan al-Quran, yang melakukan satu pemaknaan semula dengan segala kaedah nahu dan susunan kalimahnya terhadap bahasa Arab itu sendiri. Perkara ini turut disentuh Prof Syed Naquib al-Attas yang mengemukakan pandangan bahawa pendakwah Islam yang datang ke Nusantara juga sudah secara cermat dan teliti memilih bahasa Melayu untuk mengembangkan agama Islam bukan bahasa Jawa kerana bahasa Jawa telah diwarnai dengan konsep dan falsafah Hindu-Buddha yang pekat. Faktor ini boleh menyebabkan kekeliruan terhadap ajaran Islam itu sendiri jika bahasa Jawa digunakan dalam usaha dakwah Islamiah di Nusantara.